Posted by worldoflila under
Anakku Leave a Comment
Semalam adalah satu lagi saksi kepada sesuatu yang menyebabkan kita perlu muhasabah diri. Malam semalam dengan hujan lebat, kilat dan guruh yang berdentum menyebabkan hati ini tak tenteram memikirkan Afiq yang tidur dan mungkin terkejut, dalam keadaan yang begitu, Abah cuba mengusap dan menepuk Afiq tetapi Afiq masih lagi merengek2 dan tidak selesa. Selepas itu, Mama Afiq meletakkan tangan di dada Afiq sambil menepuk-nepuk kecil. Afiq yang sebelum ini kelihatan tidak selesa dan merengek mula diam dan kembali tidur setelah merasai kehangatan tangan seorang ibu. Dalam hati ini tercetus apalah perasaan anak kecilku ini? Pasti Afiq dapat merasai selamat dan tidak bersendirian dengan seorang ibu, betapa percayanya dia pada kasih dan sayang dari seorang ibu. Mungkinkah kita dulu jua begitu?
Tetapi setelah meniti hari dan meningkat umur kita semakin melupakan jasa seorang ibu, siapa sahaja pasti ada ibunya kerana diri ini juga anak kepada seorang ibu. Kejadian tadi menyebabkan kotak fikiran ini mengimbau ketika kita melawan cakapnya, menidakkan kata-katanya, tidak bersetuju dan tidak percaya pada ibu ketika dalam situasi tertentu…. Lupakah kita pada suatu dulu dengan hanya tangan dia sahaja kita merasai selamat dan dilindungi? Kenapa sekarang mesti kita meragui kepada ibu kita? Ibu, Ampunkan dosa anakmu ini…
Anakku Afiq, Abah tahu bahawa ini adalah kitaran kehidupan, tetapi Abah sebagai saksi kepada betapa kasih dan sayangnya Mama kepada Afiq, betapa indahnya jalinan sayang yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Kelak bila Afiq besar nanti renungkanla ini dan jadikanlah ia sebagai bench mark untuk melontarkan kasih dan sayang kelak. Jagalah Mama Afiq kelak kerana diri Abah adalah saksi saban hari kepada keikhlasan Mama Afiq mencurahkan kasih sayang dalam membesarkan Afiq.